Dr. Syed Faizal

3 STRATEGI MAHIRKAN DIRI MEMULAKAN PERBUALAN

Hari ini 6 Januari 2025, sewaktu menjalankan kursus atas talian kepada “PROTEGE : Communication & Networking Skills” saya berkongsi kepada mereka ” Kemahiran memulakan perbualan”

Selepas saya kongsikan teknik 3 – 2 – 1.

saya beritahu kepada mereka mengapa kemahiran ini penting.

Kemahiran memulakan perbualan adalah salah satu aspek penting dalam komunikasi kerana ia membuka peluang untuk membina hubungan, meningkatkan kerjasama, dan mencipta persekitaran kerja yang lebih positif.

Namun 5 sebab utama ialah :

1. Membina Hubungan dan Jaringan (Networking)

2. Meningkatkan kerjasama dan kolaborasi

3. Mencipta Imej Profesional yang positif

4. Mengurangkan rasa kekok

5. Membuka peluang baru

  • Saya kongsikan 3 Strategi yang anda boleh amalkan dalam hidup anda untuk bijak memulakan perbualan.

    YANG PERTAMA:

    1. Gunakan “Icebreaker” yang Relevan dengan Situasi
    Contoh:

    “Bagaimana perjalanan kamu ke sini? Lancar ke?”

    “Majlis ni menarik, kan? Apa pendapat kamu tentang sesi tadi?”

    Tip: Fokus pada perkara yang mudah untuk dapatkan respon. Ini memudahkan orang lain untuk memberi respon secara santai.

YANG KEDUA

2. Berikan PUJIAN yang jujur.

Contoh:

  • “Saya suka cara anda membentangkan tadi, sangat jelas dan teratur.”
 
  • “Wah, anda nampak sangat profesional. Di mana anda beli tali leher/blaus tu?”
 

Tip: Pujian yang tulus dapat membuatkan orang lebih selesa dan membuka peluang untuk perbualan lanjut.

 

YANG KETIGA

3.  Tanya soalan dengan Teknik Terbuka (Open Ended Questions)

  • “Apa projek yang sedang anda kerjakan sekarang?”
 
  • “Bagaimana anda terlibat dalam bidang ini?”
 

Tip: Soalan terbuka membolehkan perbualan berkembang dengan lebih mendalam dan menunjukkan minat anda terhadap orang yang diajak berbual.

 

Moga bermanfaat.