Dr. Syed Faizal

SERONOK BERSAMA MFLS TIER 3

Pada 15 Mei 2024 yang lalu, Dr. Syed Faizal telah dijemput oleh Akademi Kenegaraan Malaysia yang merupakan agensi kerajaan dibawah Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi menjayakan Modul Neuro Komunikasi Persuasif.

Modul Neuro Komunikasi Persuasif ini merupakan hasil kajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah Dr. Syed Faizal. Di dalam modul ini peserta didedahkan bagaimana untuk mempengaruhi orang lain secara berstruktur dan berkesan.

  • Model Komunikasi Persuasif Dr. Syed Faizal
  • Teknik Pancing untuk menarik perhatian audien
  • 7 Kemahiran Bahasa Badan Positif
  • Bagaimana membina Rapport dengan orang sekeliling
  • Aktiviti indoor dan outdoor yang dijalani oleh para peserta
 

Selama 15 tahun Dr. Syed Faizal telah menjalankan kursus kepada pelajar dan profesional di seluruh Malaysia. Namun program ini merupakan sebuah program “Top Notch” punya kualiti. Pesertanya memang A kelas. Moga mereka menjadi pemimpin negara kelak. We need people like you.