MENGAPA GAYA TANGAN INI PENTING ?

Pernahkah anda bercakap di hadapan orang ramai, tapi mereka kelihatan tidak yakin atau kurang memberi perhatian? Dalam komunikasi, bukan hanya apa yang kita kata penting, tetapi bagaimana kita menunjukkannya. Kajian dalam neurosains menunjukkan bahawa otak manusia direka untuk mengesan ancaman. Maka, apabila seseorang melihat tangan kita — terbuka dan tidak tersembunyi — otak mereka secara automatik mengesan bahawa kita bukan ancaman, malah boleh dipercayai.


APAKAH ITU OPEN PALM GESTURE ?

Open Palm Gesture ialah isyarat menggunakan tapak tangan terbuka ketika bercakap. Ia boleh dilakukan semasa menjelaskan sesuatu, membuat cadangan, atau menegaskan maksud anda. Isyarat ini memberi mesej bawah sedar bahawa anda telus, jujur, dan tidak menyembunyikan apa-apa.
Menurut kajian neurosains, apabila seseorang melihat tapak tangan terbuka, ia mengaktifkan kawasan ventromedial prefrontal cortex — bahagian otak yang memproses kepercayaan dan keselamatan.


BAGAIMANA ANDA BOLEH APLIKASIKANNYA ?

SEBAGAI PEKERJA DI PEJABAT:

  • Gunakan isyarat ini semasa memberi cadangan dalam mesyuarat.
  • Ketika menyampaikan maklumat kepada ketua jabatan atau pelanggan, buka tangan anda secara semula jadi (tanpa berlebihan) untuk mengukuhkan kejujuran dan niat baik anda.
  • Ketika minta kerjasama atau menawarkan bantuan, tunjukkan tapak tangan sebagai tanda keterbukaan.

SEBAGAI GURU:

  • Semasa mengajar di hadapan kelas, gunakan tangan terbuka untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahawa anda sedia berinteraksi.
  • Ketika menegur pelajar, tunjukkan tapak tangan anda bagi mengurangkan reaksi defensif mereka.
  • Semasa Hari Bertemu Ibubapa, gunakan gestur ini semasa berkongsi laporan pelajar — ia meningkatkan persepsi ibu bapa bahawa anda seorang guru yang jujur dan peduli.

BAGAIMANA JIKA ANDA AMALKANNYA SECARA KONSISTEN ?

Bayangkan jika setiap kali anda bercakap, orang memberi tumpuan lebih baik, mempercayai anda tanpa ragu, dan terbuka untuk bekerjasama.
Isyarat kecil seperti membuka tangan boleh mencipta impak besar dalam membina pengaruh. Ia bukan sekadar teknik komunikasi, tetapi sebahagian daripada neuro-komunikasi berkesan yang boleh mempercepat keyakinan dan penerimaan dalam setiap interaksi profesional anda.

“Komunikasi bukan hanya apa yang kita kata, tetapi apa yang otak orang lain rasa.” – Dr. Syed Faizal
Layari 👉 www.DoktorKomunikasi.com atau www.drsyedfaizal.com untuk lebih banyak strategi komunikasi berasaskan neurosains.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *