Slot “Power of Team Bonding” di Seminar Kejururawatan Persatuan Jururawat Malaysia (Cawangan Johor)
Pada Jumaat, 13 Disember 2024, bertempat di Hotel Classic, Muar, Johor, Dr. Syed Faizal Sitheek Rahman telah dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam Seminar Kejururawatan anjuran Persatuan Jururawat Malaysia (Cawangan Johor).
Slot Power of Team Bonding yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini memberikan pengalaman penuh inspirasi kepada hampir 200 peserta jururawat dari seluruh Johor.
🔹 Dalam slot ini, Dr. Syed Faizal telah berkongsi tentang Kuasa Komunikasi dan Bahasa Badan yang memainkan peranan penting dalam membina hubungan dan meningkatkan semangat berpasukan di tempat kerja.
🌐 Aktiviti “Bola Matlamat” yang dijalankan berjaya mencipta suasana interaktif, menyeronokkan dan penuh impak, memperkukuh lagi semangat kerjasama antara peserta.

Seminar ini turut disertai oleh penceramah hebat lain seperti:
🔸 Kami percaya ilmu dan aktiviti yang dikongsi dalam seminar ini dapat memberi manfaat besar kepada para jururawat dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien dan penuh dedikasi.
📞 Sebarang jemputan atau pertanyaan, sila hubungi
Pengurus Dr. Syed Faizal di talian: 019-211 12 85.
Semoga terus maju dan terima kasih atas sokongan anda! 😊